Wednesday 7 December 2011

Ramalan Kump. B Euro 2012



134557788_display_image
Julian Finney/Getty Images
Kumpulan B memang kumpulan 'Maut'! perhatikan sahaja senarai pasukan dalam kumpulan ini.
Pasukan German memperlihatkan peningkatan prestasi yang cukup cemerlang dan membuatkan pasukan lain berusaha untuk mengelak bertembung  dengan mereka pada saingan kalah mati.
Belanda/Netherlands pula adalah finalis Piala Dunia 2010! prestasi semasa pasukan ini juga sama seperti prestasi mereka di Piala Dunia lepas.
Denmark pula dibarisi ramai pemain muda yang berkualiti.
Portugal? sudah pasti mereka ada Cristiano Ronaldo and co.

Belanda/Netherlands
Ya! mereka memang antara yang terbaik. Tapi ingat, pasukan ini ada sejarah yang panjang tentang kekecewaan serta kegagalan mereka apabila beraksi dalam kejohanan besar.
Satu-satunya piala yang dimenangi ialah Piala Eropah 1988. Selepas itu mereka hanya mampu setakat ke peringkat separuh akhir pada Euro 2000 dan 2004. Tetapi empat tahun lepas mereka dikecewakan secara mengejut oleh pasukan Russia pada peringkat suku akhir.
Pasukan ini mempunyai ramai pemain yang diiktiraf antara yang terbaik di dunia. Antaranya Van Persie, Sneijder, De jong, Huntelaar, Van Der Vaat dan ramai lagi, yang mana berada dalam prestasi terbaik
Agak sukar untuk menidakkan peluang mereka tapi...
Ramalan Kakibola: Mata yang sama dengan pasukan tangga kedua, tetapi 'MUNGKIN' perbezaan gol memisahkan pasukan ini dengan pasukan tangga kedua. INGAT!!... ini adalah 'KUMPULAN MAUT' semestinya ada pasukan pilihan yang terpaksa balik awal..

Denmark
Pasukan ini adalah pilihan utama untuk tersingkir awal. 
Pasukan ini mempunyai beberapa orang pemain yang cukup hangat masa kini. Christian Eriksen, midfielder. Daniel Agger, pertahanan dan penjaga gol yang berbakat, Anders Lindegaard dan Thomas Sorensen. Ini mungkin memberikan sedikit peluang untuk melepasi peringkat kumpulan ini namun....
Ramalan Kakibola: Tercorot! namun berpeluang untuk membuat kejutan.

Germany
Selain daripada Sepanyol, German adalah pasukan pilihan dalam apa juga kejohanan besar bolasepak di dunia. Lihat sahaja rekod mereka dalam perlawanan kelayakan, sudah cukup menggerunkan mana-mana pasukan dalam kejohanan kali ini.
German ada ramai pemain muda yang amat berbakat dan bertaraf dunia seperti Mesut Özil, Thomas Müller, Mario Götze dan Mats Hummels. Ditambah pula dengan adanya pemain lama yang cukup bagus dan berpengalaman seperti Bastian Schweinsteiger, Philipp Lahm (kapten), Miroslav Klose, Lukas Podolski, Sami Khedira dan Per Mertesacker.
 Mereka adalah Juara  Eropah dan Juara Piala Dunia sebanyak 3 kali. Pasukan yang cukup berpengalaman dan mempunyai ramai bakat muda yang boleh diharapkan untuk menjulang kejuaraan pada edisi kali ini.
Anda tak mampu untuk mengalahkan mereka secara taktikal. Dan terlalu sukar menewaskan mereka secara teknikal.
Ramalan Kakibola: Peneraju kumpulan.

Portugal
Sukar untuk mengukur kemampuan mereka
Pada usia 26 tahun, Cristiano Ronaldo berada dalam prestasi terbaiknya. Dia Pemain Kedua Terbaik di Dunia masa ini, dan Pemain Terbaik Dunia No.1 Leo Messi pula akan menyaksikan kejohanan ini dengan santai di rumahnya!
Secara keseluruhannya, skuad ini tidaklah cemerlang tapi masih dalam kategori sangat baik. Pada 2010, mereka telah berjaya melepasi peringkat Kumpulan G, iaitu kumpulan maut pada edisi Piala Dunia yang lepas.
Dengan kehadiran Nani, sudah pasti pasukan ini menjanjikan persembahan yang memukau kita.
Ramalan Kakibola: Kedua, hanya dengan perbezaan gol sahaja. Kenapa?tunggu dan lihat..
 
Juara Kumpulan: German
Kedua: Portugal

No comments:

Post a Comment