Wednesday 7 December 2011

Ramalan Kump. A Euro 2012


134557791_display_image
Julian Finney/Getty Images
Kumpulan B adalah kumpulan 'maut' dalam kejohanan ini, tetapi kumpulan A ini mungkin menjadi Kumpulan Tarikan.
Jadi apa yang menarik tentang kumpulan ni? mari kita selidik,
Setiap pasukan boleh menjuarai kumpulan. Setiap pasukan juga boleh terperosok ke bawah. Kesemua pasukan juga boleh berada dimana-mana kedudukan dalam kumpulan ini.
Setelah mengambil kira aspek kekuatan serta prestasi semasa pasukan dalam kumpulan ini, ia hampir sukar untuk memilih pemenang dan naib juara kumpulan ini berbanding kumpulan B.
Kumpulan ini sukar dijangka dan boleh memberi kejutan.

Czech Republic
Memang sukar untuk menyalahkan pasukan Czech Republic apabila hanya berada di kedudukan kedua dalam kumpulan pada saingan kelayakan Piala Eropah yang diungguli oleh pasukan Sepanyol. Tetapi perlu diingatkan pasukan ini telah dikalahkan di tempat sendiri oleh Lithuania pasukan yang kerdil dalam kempen kelayakan pada 2010.
Namun, mereka memenangi Kumpulan B pada kelayakan Piala Eeropah tahun 2008 meninggalkan Jerman di tangga kedua, walaupun masih memiliki ramai pemain berbakat tetapi kebanyakannya telah berusia.
Ramalan Kakibola: ke-4  .

Poland
Pasukan ini adalah pasukan negara penganjur (bersama Ukraine), ia selalunya boleh membuahkan sesuatu di luar jangkaan. Pasukan ini sebenarnya tidaklah sekuat mana namun tidak mustahil pasukan ini boleh membuat kejutan ! .
Satu-satunya pemain yang paling dikenali di Poland ialah penjaga gol Arsenal, Wojciech Szczesny.
Saya sebenarnya hendak meletakkan pasukan ini sebagai peneraju kumpulan A ini tapi secara rasionalnya tiada alasan kukuh untuk melakukannya. Negara penganjur? ia bukan alasan yang kukuh.
Ramalan Kakibola: Ke-2 (semata-mata kerana mereka bermain di tempat sendiri selaku penganjur)

Russia
Mereka adalah pasukan 'wild card' kumpulan ini. Mereka akan mempunyai lebih banyak kelebihan bermain di Ukraine, tetapi bermain di Poland akan membuatkan mereka seperti bermain di laman sendiri. Kelebihan besar pasukan ini.
Pasukan ini memiliki ramai pemain-pemain yang berbakat besar dan bermain dengan kelab di serata Eropah. Jika Andrei Arshavin dapat mengulangi prestasi cemerlangnya pada kejohanan lepas (2008), sudah pasti Russia mudah melepasi perlawanan peringkat kumpulan untuk ke peringkat seterusnya.
Ramalan Kakibola: Pertama

Greece
Juara Kejohanan Piala Eropah 2004! pasukan yang telah mengejutkan seluruh Eropah..mungkin seluruh dunia pada tahun tersebut kerana tiada siapa pun yang akan bertaruh atas nama pasukan ini untuk menjuarai Piala Eropah pada tahun itu. Namun hari ini pasukan ini kurang membangkitkan kebimbangan di kalangan negara-negara yang menyertai kejohanan ini.
Pasukan ini telah menjuarai kumpulannya pada saingan kelayakan dan berada di atas pasukan Croatia. Tapi perlu diingatkan bahawa pasukan yang bersaing pada peringkat kumpulan ini boleh disifatkan sebagai sederhana sahaja. Ini mungkin memberikan sedikit kelebihan buat pasukan ini. Berdasarkan pengalaman, mereka mungkin mampu melakukan sesuatu.

Ramalan Kakibola: Ke-3.

Juara Kumpulan: Russia
Kedua: Poland

No comments:

Post a Comment